Friday, February 11, 2011

kau kawanku.PART 4

Pierre betul2 terkedu mndengar penjelasan polis itu, setelah mgmbil kunci rumah dan mgunci rumah serta pintu pagar rumah, pierre segera mengikuti kedua-dua anggota polis itu ke hospital dengan menaiki kenderaan polis. Hatinya berdegup kuat bagai nak tercabut tangkai jantungnya. Dia mula memikirkan guraun Adam.

”kau lah........kawan aku dunia akhir akhirat...”

”kau mmg terbaek lah pierre...”

”hahahaha...sengal ko nih.....”

Kata2 adam terngiang2 di telinganya,mata pierre mula berkaca2,fikirannya kusut, tidak tahu apa yang difikirkannya lagi....

Dia kini hanya terimbau2 kenngan bersama adam....

Setelah sampai di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Pierre hanya menuruti dua oran anggota polis tadi, sedari tadi dia hanya mmbisu seribu bahasa,mukanya kusut,jelas ada riak keliru pada wajahnya. Mereka mula mngatur langkah menuju kedalam hospital. Pierre bingung seketika kemanakah anggota polis ini akan mmbawanya. Tiba2 terlintas dalam fikirannya `kalau untuk pengesahan satu sahaja tempatnya.....`,Pierre meraup mukanya berkali2 dengan kedua tapak tangannya, terasa perjalanan mereka begitu jauh dan lama...hatinya pula berzikir mncari kekuatan..kepalanya pula menahan satu2nya ayat yng boleh mghentikan kekusutan dalam fikirannya.tiba2 langkah mereka berhenti di sebuah bilik. Jelas tertera di pintu masuk itu perkataan yang dia tidak mahu baca,perkataan itu juga yang berlegar2 di dalam kepalanya juga. `BILIK MAYAT`. Kedua-dua anggota polis itu mndahului Pierre dan melnkah masuk kedalam bilik itu dan mereka berdiri di sebuah troli mayat yang mmpunyai mayat yang diselimuti dengan kain putih.

”Encik,kami memerlukan pengesahan dari encik...”

Pierre melangkah longlai kearah anggota polis itu,matanya yang sedari tadi berkaca2 ditahan lagi supaya tidak tertumpah air matanya. Setelah Pierre berada hampir dengan mayat yang diselimuti itu, salah seorang anggota polis tadi, mmbuka kain yang menutupi wajah mayat itu. Tubuh pierre mngigil hebat...

” Dia kawan saya....Adam Firdaus Mansoor...”

Air matanya tertumpah jua,kemudian Pierre merasakan kepalanya berpinar2 dia rebah tidak sedarkan diri.

”Pierre...Pierre...”

Perlahan2 Pierre mmbuka matanya,suara itu sangat dikenalinya. Suara rakan sekuliahnya,Arif.

”Aku kat mana ni Rif?”,tanya Pierre sambil memicit-micit kepalanya yang terasa pening.

”Kau kat hospital ni..kau pengsan tadi...aku baru dapat berita,polis tu cakap kau pengsan tu aku datang sini..sabar ek Pierre....”

”Sabar?? Asal pulak?? Jap btw asal aku kat sini?”

“Kau tak ingat ke...?”

“tak ingat??........pasal apa nih...kau muke serius tak leh blah asal lak....”

” Adam...Adam dah takda lagi...” terketar-ketar suara Arif mmberitahu Pierre

”Haha!! ko ni jgn maen2 boleh tak..mgarut jek..pagi tadi dia koll aku ok..dia keluar ada hal nak buat...”

”Pierre....istighfar Pierre........ko jngn camnih...aku tanak hilang kawan lagi sorang...tolonglah Pierre..”

” Tapi dia....dia....” Pierre cuba mghabiskan kata2 nya namun dia sedar, knyataannya mmg Adam sudah tiada, Pierre mnngis. Air matanya tak dapat ditahan2 lagi, dia mula teringat dia sendiri yang mngesahkan mayat Adam.

Arif juga menngis,dia turut bersimpati,dia cuba menenangkan Pierre namun dia tahu Pierre umpama hilang sebahagian dari dirinya,mana tidaknya dia juga begitu ketika pertama kali diberitahu oleh anggota polis,malah dia juga turut mmbuat pengesahan mayat Adam,bezanya dia tidak pengsan seperti Pierre.

Adam firdaus, hampir semua orang mngenali dirinya, orangnya ramah dan periang malah sesiapa sahaja yng berkawan dengannya terasa amat dekat dengannya kerana layanananya yang sama rata dan tiada beza mmbuatkan dirinya disenngi olh semua orang termasuk pensyarah.kini kehilanggannya benar2 terasa trutama oleh 2 orang sahabat nya ini. Namun, yang sangat terasa kehilangannya adalah Pierre. Namun, kenyataan harus diterima jua,walaupun pahit untuk ditelan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

”Pierre....Pierre...oiii bngunlah kau,kenapa kau menngis2 nih wey?”

Pierre terbangun dari tidurnya,kelihatan Adam disisinya sedang menonton anime yang dipasangnya petang tadi.

”Adam.....”

”haa akulah asal nko?”

”Dam,kau tampar aku Dam...”

”...............(apa masalah budak nih)....ok ko yang mintak”

`agak2 kalau aku kuat sket boleh lepas geram aku jugak an ~<3`>

PANG!!

Satu penampar hinggap di muka Pierre,aduh, pedih gila. Mmg kuat penampar Adam sampai berbekas muka Pierre.

”kau kenapa wey....kau wat aku takut la Pierre,tido menngis aleh2 skunk nih suh aku tampo kau pulak...buang tabiat ape kau nih??” (yess~!!!!)

”Adam....” Pierre merenung Adam dalam2

”Eii...kau nih jangan pandang aku mcm tu boleh tak,meremang bulu tengkuk aku ni, ke aku ni salah rumah??”

” Adam.....aku...aku....”

`Ah, sudah budak ni! Tadi dia gak yang suruh aku tampa dia, nih dah nak menangis lagi nih`, getus hati Adam.

”Kau kenapa...?” soal Adam kehairanan.

”Dam, aku mimpi kau mati tadi Dam...seyes,Dam dah macm real dah aku rasa...”

”Oh, ye ke! Tu tandanya aku panjang umor lah tu heheh...sayang jugak ko kat aku...terharu aku hahhhaha”

“Tapi an........”, kedengaran suara Piere tersekat-sekat

“Tu lah nko,aku cakap jangan tido petang2 degil kan dah mngigau..dah lah kau pergi bngun mandi...malam nih aku pulak belanja makan.......=)”

Adam bingkas bangun dari katil Pierre. Ketika dia hendak melangkah keluar dari pintu sempat juga dia mngerling ke arah Pierre. Terkejut dia,kerana Pierre sedang memerhatikannya dengan pandangan yang masih lagi terkejut. Mungkin mimpi tadi mimpi yang menakutkan fikir Adam.

”Adam, aku sayang ko~!!!!!”

Jerit pierre. Adam yang mndergar lafaz itu hampir tersedak.

” Wey apa masalah nko....”

”Tak bolehke?”

”Kau jgn tetibe tukar perangai boleh tak karang aku pindah rumah..”

”Hala mcm tak bese =.=.”

”Bukan tak biasa kau pelek lah wey...”

”Dah2....malam nih kau blnja makan kan...dah pegi siap jagn nak bnyak bunyik...”

Pierre lantas menutup pintu biliknya dan meninggalkan Adam yang terpinga2 di luar pintu,dalam hatinya amat bersyukur kerana rakan sehidup sematinya masih bernyawa. Dia memanjatkan doa agar hubungan keakraban ini akan kekal sehingga bila2. Benar, Adam mmbawa erti yang besar dalam hidupnya,masakan tidak jika tidak kerana Adam tak mgkn dia mnjadi seperti sekarang.Pierre yang dulu seorang yang sangat pendiam, pemalu dan tidak pandai bergaul dengan orang serta kurang keyakinan dirinya. Kehadiran Adam telah merubah perwatakannya sehingga dirinya menjadi Pierre yng baru.

”Dah siap ke?” Soal Adam.

”Dah.....jom lah.....”

”Pierre kongsi lah mimpi kau tuh.”

” Ala, Dam!..aku terlupa lah hahaah wat cne an...”

” Kau saje an...”

” Btw kau blnja kan, jgn lupe lak...”

”ye lah aku taw lah....”

Pierre tersenyum mndengar jawapan Adam.

---------------------------------------------------------The end--------------------------------------------------

kau kawanku.PART 3

Mereka keluar dari rumah tepat pada pukul 8.00 malam, mereka berjalan beriringan menuju ke kedai makan yang terletak Cuma 200 meter dari rumah sewa mereka. Walaupun terletak agak jauh namun mereka lebih selesa berjalan kaki, bersenam kata mereka tambahan pula, boleh mngurangkan perncemaran udara.

Sesudah sampai di gerai makan,mereka segera memesan hidangan yang mnjadi pilihan masing2.Adam memesan kuey teow tomyam dan nasi kosong berserta jus buah mangga yang mnjadi kegemarannya stelah dicadangkan oleh Pierre ketika mereka mula2 makan di kedai itu. Manakala, Pierre pula memilih nasi goreng pattaya yang mnjadi makann kegemarannya sejak dari kecil lagi berserta air milo suam.setelah pelayan kedai makan itu pergi mnyiapkan pesanan yg diterima,mereka pun memulakan perbualan mereka.

”ai...nih kopak lah dompet aku..”

”hahaha orang belanja kan,bukan selalu...btw,ko dah bukak ke bungkusan tuh..amacam?”

”hahah aku tertido lah..xcited gile lupa lak aku..ngan bende2 tuh sekali aku peluk time tido hahahah....=D”

”haish..nko nih malang betol lah awek nko..”

”aik ni hobi peribadi taw..salah kah?”

”yela2 ko menng, tak salah pun,nanti kau tak belnja aku makan pulak,alamatnya cuci pingganlah aku kat blkang tuh ....”sambil mulutnya mnjuih ke arah besen yang penuh dengan pinggan mangkuk di suatu sudut di kedai itu.

Beberapa minit kemudian datang pelayan yang mngambil pesann mereka tadi berserta hidangan yang telah ditempah.setelh mgucapkan terima kasih, mereka pun mnjamu selera.mereka makan sambil berbual mgenai perihal yang berlaku sepnjang hari itu, aktiviti ini telah mnjadi rutin mereka setiap kali kali mereka duduk makan semeja, manakala, agenda yang akan dibualkan adalah aktivit yg tlh dilakukan sepanjang hari itu.

Setelah hampir 20 minit, mereka telah mghabiskan hidangan masing2,licin sebutir nasi pun tak tnggal.Pierre ke kaunter untuk mmbuat bayaran.setelah mnjelaskan bayaran,mereka terus pulang ke rumah sambil merapu2 sepanjang perjalanan. Disebabkan rumah sewa mereka hanya didiami olh mereka berdua sahaja, hubungan mereka mnjadi akrab bagai adik-beradik. Segala masalah di kongsi bersama.

Sampai sahaja di rumah mereka terus ke bilik masing2,masa ini adalah sangat penting untuk mereka bersendirian mngulang kaji mata pelajaran untuk subjek2 U yang mereka telah didaftarkan. Selalunya mereka belajar sehingga larut malam. Disebabkan kelas mereka bermula pada pukul 10 pagi maka tidak mnjadi masalah kepada mereka untuk tidur lewat.

Pierre didalam biliknya sedang leka mngulang kaji, setelah 2 jam menelaah subjek yng paling tidak diminatinya,akhirnya dia berhenti sebentar untuk berehat. Sedang dia bersandar pada kerusi malasnya yang terletak di sudut biliknya,matanya tertangkap bungkusan hitam yang diletak di atas meja sudut di dalam biliknya.pantas, tangannya mgmbil bunkusan itu. Dia tersengih sedirian melhat bungkusan hitam itu yang kini berada dalam tangannya.perlahan2 dia mmbuka bungkusan itu,dia amat berpuas hati dengan barang yang telah dibelinya petang tadi bersama Adam,mmg benar, jika tidak kerana Adam mmbantunya, masakan tidak dia mndapt barangan itu yang kini berada kemas didalam tangannya.

Cd Moe2 Midori-chan~!!! the movie limited edition dan Gokusen the movie mmg telah lama dia mncarinya.sngat lama dia mncari anime itu,akhirnya setelah dia berada di Terengganu barulah dia dapat. Dia sangt bersyukur.dia memasang hajat untuk menonton cerita itu pada hari minggu,kerana buat masa ini dia harus fokus,walaupun,Pierre seorang yang sangat meminati anime dan drama jepun namun tangungjawabnya sebagai seorang pelajar IPT tidak pernah sekali2 dilupakan.

Keesokan harinya, Adam dan Pierre pergi ke U seperti biasa disebabkan mereka berada di fakulti yg sama maka tidak menjadi masalah kepada mereka untuk pulang dan pergi ke U bersama2. Sepeti biasa mereka selalu merapu2 ketika dalam perjalann ke kuliah masing2 mmg sudah mnjadi rutin mereka setiap hari,Pierre hairan juga kerana Adam selalu ceria,dia bagaikan tiada masalah langsung kadang2 marah,sedih,kecewa pun dia tidak dapat bezakan,mmg pelik rakan serumahnya ini.

Sampai di fakulti mereka pun berpisah menuju ke kelas masing2,Pierre terus menuju ke bilik kuliah KK3 yang mnjadi kelas pada pagi itu,pagi ini kelas akan dimulakan dengan subjek kegemarannya, asas keusahawanan, dia sangat mnyukai subjek itu,bukan shj subjek itu malah dengan pensyarahnya sekali,ini kerana penyarah subjek itu amat pandai mngambil hati pelajarnya.kelas itu berakhir pada pukul 12 tghari.

Ketika pierre dan rakan2 sekuliahnya melangkah menuju ke dewan syed jalaludin@DSJ, dia menerima pangilan dari Adam...

”helo Pierre, we aku kene balek awal lah hari nih aku ada hal jap..”

”ok takpe lah aku pon habis pkul 3 nih..aku boleh balek naik bas...”

”ok sori we...mesti kau penat t an...”

”hahah bnyak lah kau...”

”t aku buatkan air milo ais untuk kau hahaah”

”yelah..”

Pangilan dimatikan. Semasa berada di luar perkarangsan DSJ, rata2 para pelajar sedang berbual seama mereka...ada yang sedang berehat untuk menunggu kelas kuliah yang ada untuk keluar. Sedang Pierre menikmati roti yang dibelinya di kedai sebntar tadi tiba2 datang 2-3 orang rakan kuliahnya untuk bertanyakan sesuatu.

’nih nak nya pasal kerja kursus lah nih...’getus hatinya.

”Hai, Pierre!! Well, straight to the point la….kau dah ada group ke untuk kerja kursus asas keusahawanan tuh?”

”oh, aku dah agak dah!!! hahaha blom lagi la Kila,asal ko nak amek aku ke? Aku nih free n available tau..nak lebeh2 tak bleh la beb hahahha”

”hah bnyak lah nko,yup kitorang nih nak amek kau masuk grup kitorang,bolehkan?”

”ha..baguslah tuh..takyah lah aku dok pening2 nak pikir masuk group sape..maklumlah aku tak feymes...cam yg sorang tuh...”

” siapakah ? Afiq ke? Hala nak wat cne dia kan mesre alam, satu kulyah nih kenal dia..”

”dats why lah hahah anyway thanks ek”

“yup,my pleasure!!..wey kelas budak kimia dah kua jum serbu hahaha”

“bnyak lah serbu ko….saba2 lah”

“Kila, kami pergi dulu lah ek” kata rakan2 Kila

”ok2 cop tmpat aku taw..jgn lupe lak heheh”

”bye2” sampuk pierre

”ei kau nih sebuk jek...”

”ala kawan kau kawan aku gak dah satu kuliah kan...”

”kau nih sejak sewa rumah ngan Adam dah lain bena aku tgk,dulu gile pendiam cakap ngan orang pun tak pandang muke tuh...skunk nih wah2 berani seyy...kagum beb”

”hahah ni sume budak Adam tu punye pasal lah...jom lah masuk kelas”. Pierre menamatkan perbualannya.

Suasana di dalam dewan DSJ tak ubah seperti sebuah kels yang menunggu masa untuk dikosongkan,rata2 pelajarnya sudah tidak mampu untuk menumpukan perhatian mereka kearah slide matapelajaran pada hari itu. Kelihatan ada pelajar yang sudah berbual-bual dengan rakan2 lain,ada yang sedang tidur tanpa segan silu dan ada juga sedang mglamun

Dr. yang mgajarkan mereka pula umpama tidak memahami signal yang telah diberikan oleh para pelajarnya. Dr itu sangat berkira walaupun kelas hampir 15 minit untuk berakhir, namun dia ttp meneruskan kuliahnya seperti biasa. Sememangnya pengalaman Dr. Rozita yang sudah mngajar selama 3 tahun tlh mnjadikan beliau sangat masak dengan perangai anak2 muridnya namun apakah daya jika diturutkan subjek tidak dapat dihabiskan seperti yang telah ditetapkan didalam planner.

Tepat pukul 3.00 petang Dr Rozita pun menamatkan kelas beliau,Piere yang sedari tadi sudah bosan sudah tidak sabar2 untuk melangkah keluar dari dewan DSJ dan menuju ke kafeteria yang berdekatan untuk mgisi kekosongan perutnya yang sedari tadi meminta untuk diisi. Selesai kata2 terakhir dari Dr. Rozita, Pierre terus mngalas beg sandangnya. Kakinya laju menuju ke arah kefeteria yang berdekatan. Hatinya sedikit lega kerana tidak ramai pelajar yang sedang makan di kafe itu,ini sangat mnjimatkan masanya untuk pulang ke rumah sewanya yang terletak agak jauh dari lokasi universitinya, tambahan pula Adam awal2 sudah mmberitahunya dia ada hal yang perlu diuruskan.selepas mngambil lauk kegemarannya, iaitu lauk ikan pari asam pedas pierre terus mmbuat bayaran dan menuju ke meja makan yang mnghadap laut.

Petang itu,matahari tidak terik,Pierre menikmati makan tengahrinya dengan penuh nikmat dengan hembusan bayu laut yang sepoi2 bahasa hampir mmbuat dia hampir terlupa yang dia perlu segera untuk mngejar bas untuk menuju kerumah sewanya. Setelah habis makanannya, Pierre segera mmbuka langkah menuju ke perhentian bas. Hampir 10 minit berjalan barulah dia sampai ke perhentian bas. Perutnya yang kenyang tadi terasa selesa kerana makann yang dijamah tadi telah mula dihadam. Kebetulan tak sampai 5 minit Pierre sampai, bas yang menuju kearah rumahnya pun sampai. Pierre bersama beberapa penumpang lain berbaris untuk menaiki bas itu, bas itu kelihatan sangt cantik dengan reka bentuk ala2 minang kabau untuk atapnya kelihatan sangt unik, malah bas itu juga di perbuat dari kayu untuk bahagian2 tertentu mnjadikan bas itu hanya boleh didapati di negeri ini sahaja.

Selesai mmbuat bayaran kepada pemandu bas itu Pierre mambil tempat duduk di belakang sekali,dia bersandar di kerusi itu sambil pandagan matanya dilemparkan ke luar melihat pemandangan suasana kampung yang damai. Bagusnya jalan lenggang dan tidak sesak, perjalann lancar dan damai ditambah dengan cuaca hari itu yang redup mmbuat Pierre berasa gembira sepanjang berada dalam bas itu. Tiba2 dia teringat cd anime yang

dibelinya semalam,alang2 pulang awal, apa salahnya dia menonton satu atau dua episod, fikirnya. Pierre tersenyum keseorangan memikirkan hal itu. Sepanjang perjalanan dia berkhayal sampai dia hampir2 terbabas perhentian yang sepatutnya dia turun. Kelam kabut Pierre menekan butang loceng yang berdekatan dengannya, mujurlah pemandu bas itu seorang yang ramah dn sangat sporting, sempat juga pakcik bas itu mgenakan pierre sebelum dia melangkah turun dari bas itu. Pierre tersnyum mndengar usikan pakcik itu, walaupun dalam hatinya ada sedikit rasa malu kerana berkhayal.

Usai solat zohor,Pierre pantas mngambil cd anime kesyangannya yang diletakkan di atas meja sudut di dalam biliknya. Dia mmbuka laptopnya sambil itu, dia ke dapur untuk mgambil segelas air sirap yang sejuk di dalam peti ais. Setelah itu, dia pun mgeluarkan cd anime kesayangannya dan memasukkannya kedalam disk player. Pierre tekun menonton anime kegemarannya sekali sekala dia mnguap namun diantara tidur dan mennonton anime dia lebih mementingkan anime, mmg dasar otaku getus hatinya.

Entah berapa lama Pierre di hadapan laptopnya,dia pun kurang pasti namun perhatiannya terganggu kerana ketukan yang bertalu2 di pintu rumahnya. Pada mulanya dia malas untuk ambil peduli kerana dia mnyangka Adam yang pulang namun dia pelik jua, kerana Adam mmpunyai kunci pendua tentu sajalah Adam akan mmbuka pintu itu sendiri. Setelah menekan punat `pause`, Pierre pantas menuju ke pintu rumahnya. Sebelum mmbuka pintu rumahnya sempat jua dia mgintai di celahan pintu, alangkah terkejutnya dia apabila melihat 2 orang anggota polis lengkap beruniform sedang berada betul2 di pintu rumahnya. Dalam keadaan tertanya2,Pierre segera mmbuka pintu rumahnya. Hatiya mula rasa tidak enak. Bagai ada sesuatu tidak kena

...Adam...tiba2 dia teringatkan Adam..kenapa dengan Adam?? Getus hatinya..

“Maaf encik kerana mnganggu,kami hanya nak buat pengesahan adakah ini rumah encik aAdam Firdaus bin Mansoor?”

“ Iya betul, saya rakan serumah dia...kenapa ya encik?”

“ Kami baru menerima laporan mngenai sebuah kemalangan yang berlaku di bndar tadi...kemalangannya sangt teruk dan kami memerlukan encik ke hospital untuk mmbuat pengesahan...”

Tergamam.Kosong.

Pierre betul2 terkedu mndengar penjelasan polis itu, setelah mgmbil kunci rumah dan mgunci

kau kawanku.PART 2

Setiap kali selepas keluar bersama Adam, dia mesti akan dikenakan oleh Adam seteruk-teruknya....kadang2 dia terasa macam nak sepak2 je kawannya yang sorang itu namun, sebenci mana pun pada Adam,Adam jualah yang mngerti perangainya.....

Teringat dia kali pertama berjumpa dengan Adam,pada ketika itu Pierre sedang mnghadapi krisis mencari rumah sewa.kebetulan bekas rakan sebiliknya menawarkan no. Tel. Adam yng kebetulan mncari rakan serumah untuk mnjimatkan kos bayaran rumah yang telah disewa.walaupun kos sewa rumah di Kuala Terengganu tidak setinggi di KL atau di bandar2 yang sedang pesat mmbngun. Namun, sebagai pelajar istilah berjimat cermat sangat penting. Malah, istilah itu merupakan `grammar` yang pertama dalam kamus hidup seorang pelajar IPT.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

”err....assalammualaikum ni Adam Firdaus ke??”

”ye waalaikumussalam...haah sayalah tuh...u call the correct person buddy...jap,asal kol nih??...ada assgment dari Dr. Jam ke??”

”hah??........ ” (aku nak tnya pasal rumah sewa lah)

”helo2 ada orang lagi tak? Aku tak kesah ko nak men2 ngan aku koz dwet ko yg habes......lalalalal.....(lagu doremon)”

”erk!..ei bukanlah..saya..saya...mcmnih arr....tuh...ah...rumah sewa...saya nak tinggal dengan awak?”

”ahahahahah!!!laa...sorilah aku ingat budak kuliah aku..maklumlah budak feymes dalam lec. wat cne...btw ko tanak tgk2 dlu ke rumah tuh??” (budak nih punya ayat killer betol...=.=!!)

”............(mesra alam mamat nih)......”

”helo???”

” err...takpe2 saya jenis tak kesah....”

”ok bagus...bile kau nak start pindah kesini?”

”esok...boleh?”

”oh awal,bagus lah semngat nih, ok...nak aku tolong2 angkut barang ke?”

” err...bolehke?”

”haha abes tuh kalau aku tak tolong kau angkut barang kau taw ke bakal rumah kau kat ane ha??”

”betol jugak kan...barang saya...tak bnyak...sangat...tapi ....perluke?? bagi alamat sudahlah....kot...”

”hahah kau nih sopanlah,sejuk perut mak kau hahaha takpe beb aku nih nak ponteng kulyah esok...aku mnyampah subjek esok hahaha plus 2 jam ajek...kau nak aku amek kau bile?”

”erk~!!! Pon..teng....selmba je...”

”well aku nih budak wanted...ko tak yah risau...aku bawak kete esok k?” (dengan bangganya)

” Pukul 12 esok boleh ke?”

”ok! Bro..”

”saya tunggu kat bus stop depan hostel ye..”

“Ok roger2…btw..kau nih klako lah… ….”

“…saya ada hal nih..terima kasih ya..” (=.=”)

“ye2 no hal bro…”

“Assalammualaikum..”

“Waalaikumussalam..haha”

Keesokan harinya...tepat pukul 12 tgh hari di tempat yg dijanjikan...

Kelihatan Pierre sedang resah gelisah,dari berdiri dia duduk kemudian berdiri kembali. Matanya, tak sudah2 melihat jam tangannya.

‘apsal lah pulak aku nih cuak? Mcm nak kua dating je, aku nak g umah sewa aku je lah...rilek2... tarik nafas hembus nafas....,’kata Pierre dalam hatinya..

Tiba2 sebuah kereta proton saga lama berhenti didepan perhentian bas, selang beberapa minit kemudian keluar pemandunya mngeliat dan mguap panjang.

’tak senonoh betul mamat nih’ gerutu hati Pierre

Kelihatan mamat tadi memasuki semula ke dalam keretanya dan merendahkan seatnya,kemudian kelihatan dia berbaring di seatnya sambil melelapkan mata.

Sudah hampir 10 minit menuggu Pierre mulai berasa bosan.matanya meliar mncari kelibat Adam Firdaus.(mcmlah dia kenal Adam Firdaus tuh..)

”mana mamat nih main2kan aku ke??”,lantas dicapai telefon bimbitnya yng berada didalam saku seluarnya lalu mndail no. Adam Firdaus...

“er...helo Adam Firdaus ke?”

“ hah ye...saya... budak semalam kan....nama ko pon aku tataw...hahah sorilah beb aku lupe nak tnya semalam hahahaha sengal an....”

“............(mmg sengal nko!)........nama saya Pierre,awak kat mana ek skunk nih?....

dah 10 minit saya tunggu kat hentian bas ni..”

“la...ko ke kat situh..aku dalam kereta ni ha...depan mata ko ni....hahaha sori2”

”erk...ok2...” lalu dia pun mematikan talian telifon...

Kelihatan mamat itu keluar dari keretanya sebaik talian dimatikan. Pierre lantas mndapatkan mamat itu dan berjabat tangan dengannya.

”hahah maaf lah Pierre,seyes lah aku lupa nak tnya nama nko smalam xcited aku nak dapat housemate baru...”

”hahah salah saya jugak tak perkenalkan diri saya..”

”ini je ke barang2 ko...semua dah bawak turun..??”

”ye, takde lah bnyak mana...2 kotak plus luggage ni n satu beg nih...total 4 je lah..”

”oh..bagus senng seket nak angkut takyah bnyak2 kali aku nak ulng-alik kan?”

”haha ya2...”

”btw meh sini aku tlg msukkan barang2 ko nih dalam bonet …”

“terima kasih ya..”

“no prob.”

Mereka pun mula memasukkan barangan ke dalam bonet kereta. Dalam hati Pierre mmanjatkan kesyukuran tidak terhingga kerana mmperolehi rakan serumah yang ramah dan baik hati seperti Adam. Sepanjang perjalanan ke rumah sewa,Adam bnyak bercerita dan bertanya mngenai perihal Pierre,sambil2 itu,Pierre juga rajin2 bertanya mngenai rumah sewa yg bakal dihuninya, menurut Adam, rumah sewa yg dihuninya itu memuatkan 4 orang pelajar termasuk dirinya.

Namun, beberapa mggu lepas 2 orang rakan serumahnya telah berpindah masuk ke asrama kerana mereka merupakan pelajr yang aktif, demi memudahkan aktiviti mereka,mereka tlh mmbuat kputusan untk tinggal di kolej kediaman pelajar yg tlh disediakan. Kini penghuni rumah sewa itu hanya Adam seorang.

Jarak perjalanan dari rumah mreka ke U pula kira2 dalam 5km, mnjadi fktor tak ramai yg mahu tinggal di situ,namun Adam berjanji dia akan mnumpangkan Pierre ke U,Cuma mereka hanya perlu berkongsi duit minyak sahaja.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Pierre? Dah siap ke??? Dah nak masuk mghrib nih...”

”hah,dah nak masuk maghrib ke?? Sori le wey tertido lah hahah...jap aku g mandi dlu..”

sambil mmbuka pintu bilik dan mengorok2 matanya.

”haha watever aku tak pedulik malam nih ko blnja makan..”

”bro,aku penah ta tunai janji ke?”

”mana nak taw kan...”

”kau nih ...”

“hahaha dah r we mandi lah kau …dah berbau lah “

“yelah” lantas Pierre mngambil tualanya dan menuju ke bilik air…

Selang beberapa minit Pierre keluar dari bilik air,seluruh badannya berasa segar selepas terkena curahan air paip yang sejuk itu.dia lantas masuk kebiliknya dan bersiap2 untuk keluar makan malam. Sebelum itu, dia tidak lupa menunaikan fardhu wajibnya,selepas menunaikan solat maghrib dia lantas memanggil Adam.

Kebetulan baru nak memanggil Adam,kelihatan kelibat Adam sedng khusyuk menonton televisyen,dia sedang menonton rancangan mari memasak bersama junior chef (????) ,aneh,tapi itulah rancangan faveret Adam.Pierre tidak pasti kenapa Adam sangat meminati rancngn itu. Nak dikatakan adiknya memasuki rancangn itu tak pula kerana,setahunya Adam adalah anak tunggal dan dia sangat jarang bercerita mgenai perihal keluarganya.

”ha..dah siap pon mmber aku yg sorang nih hahaha”

”ye...awal kau siap...”

”mana taknye kau tuh kalau gune bilek air, aku sampai boleh masak nasi goreng plus dah abeh makan pon....punye lama kalah mak aku gune bilek air hahahah”

”cess,dah la kau!!..jom lah kua...malam ni aku nak study lagi..=.=”

”ala rilek r....”

”ye lah..”

Friday, February 4, 2011

kau kawanku.PART 1

Dengan pantas dia memasuki biliknya. Dengan pantas jua dia mgunci pintu biliknya.

Dia tidak mahu sesiapa pun mgenganggu saat yang sangat penting baginya kini. Perlahan-lahan dia mnyandarkan badannya yang sedikit berisi itu kepintu. Kedua tangannya menyilang lalu dirapatkan ke dada umpama melindungi sesuatu.Benda itu pula kelihatan sangat penting buatnya. Kelihatan bungkusan yang berbalut plastik hitam berada di dalam dakapannya. Kemudiaannya,dia menutup erat matanya dan tersenyum puas….matanya kelihatan berair2 umpama mahu menngis. gembira.syahdu. perasaannya bercampur baur,tak tahu bagaimana hendak dilafazkan..…

Tiba2…

“Pierre,Pierre…..oi~~!!!!”

“apa!!! Sebok lah nko aku tgh emo nih…(suara cover)”

“belah lah wey setakat dapat mender tuh, ko dah emo”

”ye lah ko ingat senng ke nak dapat barang nih,dah la limited...(TT.TT)”

”alah,kalo bukan aku usha dulu n suruh apek tuh jaga barang tuh...tak dapat nya ko merasa ada barang tuh..”

”ko bnyak bunyik an....moment aku dah la ko kacau...mmg **beep** lah nko”

”aku jugak...dasar tak kenang budi...apadah macm nih layan kawan..(suara sedih gile)”

”yela2 sorry la........”

”................(aku tak terima sorry nko..plus aku orng melayu bukan mat saleh..........)”

”hah,senyap tuh aku taw lah tuh...oklah aku belanja ko makan...”

”tu yang aku nak denga dow...beb ko mmg kawan sejati aku r..aku sanggup kot masuk penjara demi nko nih huhuhuhhu....”

”hah,iyalah nko...kalau betol lah an aku rasa ko yg lari dulu hahahahha~~!!!!”

”jap, bro ko melalut nih bile ko nak kua bilek ni??”

”alah takan lari la kedai makan ko tuh...rilek sudah, pas maghrib kite gerak le..”

”ok sett..!!!!”

”jangan kacau aku...!!!”

”ya lah sayang~~~!!!! Hahahha”

”what the.......kau nih bahasa agak2 lah ..aku bukan gay...bangang betol”

”hahahah ala sayang mcm tak bese hahahhaha”

”mmg aku tak bese!!”

”ok lah aku nak mandi nih..”

”elok sangatlah tuh..”

”ye...”

Keadaan sunyi sebentar...

Pierre melihat jam tangan nya...pukul 6.05 petang...